KHIDMAT NASIHAT

Elakkan Melihat Maksiat mencerahkan pandangan

Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) : "Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,Maha suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksa api neraka"
Ali Imran : 191

Bagi mereka-mereka yang kuat pergantungan hati dengan tuhannya , setiap kejadian yang Allah jadikan itu mengandungi seribu satu macam faedah. Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia walaupun seekor kuman yang halus.

Alam semulajadi yang menghijau luasnya di bumi ini Allah jadikan banyak memberi keuntungan makhluk seisi dunia. Warna hijau adalah warna kesukaan Rasulullah,sebab itulah kita digalakkan menggunakan warna tersebut.Rahsia warna hijau ini besar ertinya pada penglihatan kita.Untuk menambahkan lagi kecerahan mata selalulah memandang tumbuh-tumbuhan yang hijau.Gunung-ganang dan bukit bukau.

Selalulah memandang wajah orang - orang yang anda sayangi seperti ibu, ayah,
anak-anak, sahabat-sahabat dan tuan-tuan guru...Selain dari itu, kalau hendak melakukan sesuatu kerja sama ada membaca buku, menghafaz, tidur, berzikir , atau lainnya, seringlah menghadap ke kiblat dan berwudhuk. Wajah yang sentiasa dibasuh dengan air wudhuk akan mencerahkan lagi pancaindera utama kita itu.

Dan yang paling penting...jangan suka memandang perkara maksiat kerana pandangan itu datangnya dari syaitan. Panahan syaitan sering membawa kehancuran pada manusia.Sentiasalah mulazamah dengan zikrullah bagi menundukkan nafsu yang sentiasa ingin menderhaka.Oleh itu pastikanlah kita sentiasa mengingati Allah walau dengan cara apa sekalipun.



No comments: