Matnu Al-Arbain An-Nawawi:- Sebuah kitab himpunan hadis hukum yang jumlahnya melebihi 40 buah hadis. Pengumpulan hadis ini diusahakan oleh Al-Imam Abu Zakaria Bin Syaraf An-Nawawi. Beliau lebih dikenali dengan Imam An-Nawawi. Hadis-hadis ini walaupun sedikit cukup menjadi asas kepada ajaran Islam kerana itu ia kemudiannya diterjemahkan dan dicetak kedalam versi pelbagai bahasa dan tidak kurang juga diulas secara terperinci segala hukum yang tersirat dalam hadis-hadis tersebut. Diantaranya diulas oleh Abdullah Bin Soleh Al-Muhsin dalam bahasa Arab yang berjudul Al-Ahadis Al-Arbain An-Nawawi, juga diulas oleh ustaz Mustafa Abdur Rahman dalam bahasa Melayu, kitabnya berjudul Hadis 40. Hadis ini menjadi rujukan pelajar di semua peringkat pengajian dalam dan luar negeri. Hadis yang dikumpulkan itu kesahihannya tidak dapat dipertikaikan lagi.
No comments:
Post a Comment