Disiplin Orang-orang Soleh Dalam Urusan Solat


  • Menunggu masuk waktu
Orang soleh atau yang ingin menjadi orang soleh merasa bersalah apabila hadir di saf setelah diseru oleh muazzin. Seolah - olah mereka hadir untuk mengadap tuhan setelah dipanggil. Bagi mereka ini salah satu ciri ciri sifat ego - dengan tuhan! Jadi untuk membuang sifat ego ini, mereka sedaya upaya hadir di saf sebelum azan dikumandangkan.

  • Banyak sembahyang sunat
Bagi orang soleh ibadah wajib dan ibadah sunat sama sahaja kedudukannya. Sebab kedua dua nya dipersembahkan kepada tuhan yang satu. Walaupun ia sunat rukun - rukunnya di jaga sama seperti ia ibadah wajib. Mereka sangat menghalusi dalam ibadah semata - mata untuk mendapat kasih sayang tuhan. Orang yang sangat menjaga amalan sunat ini akan mudahlah hilang sifat marah.

  • Solat berjemaah
Orang soleh tidak akan sembahyang seorang diri, sedaya upaya akan diusahakannya untuk sembahyang berjemaah walaupun sekurang - kurangnya dua orang. Baginya sembahyang berjemaah ini penting sebagai latihan hidup berkumpulan (berjemaah). Dari sinilah akan lahirnya masyarakat yang bersatu padu dan saling berkerjasama diantara satu sama lain.

  • Tunggu sebentar selepas solat
Setelah selesai mengerjakan solat, orang soleh akan tunggu sebentar di tikar sembahyang sebagai tanda terima kasih kepada Allah SWT kerana diizinkanNya untuk menghadapNya. Latihan sebegini secara tidak langsung menjadikan jiwanya kuat dan tahan sabar. Orang yang lemah jiwa akan terus bangun sebaik sahaja selesai memberi salam.